Tuesday, July 12, 2011

update blog kek?

aduhai..lama dh tak update gambar..sbb most of the customer kenal kami pun dari mulut ke mulut..tak depends on blog..haha..klo derang tgk blog kek, gerenti tak de sapa nk order..mujurlah ada feedback baik everytime kami hantar kek..so bermula lah org bertukar2 no phone etc..huhu..nnti lah, one day, i will re update my blog kek..aduiyaa..sorry kengkawan erk sbb lama x update..huhu

Sunday, June 19, 2011

fail

diet aku fail utk cubaan pertama..kenapa? balik kg maa...isk..tak sampai hati xjamah nasi yg mak masak penat..mak masak my fav labu masak lemak..of course laa tak boleh tak makan..penat2 mak masak..kene laa makan....yertakk..my plan, nk start atkins balik sok or lusa....kenapa???jeng..jeng jeng...abg janji nk bg lg chocolate..tetaw pasal apa aku minat sgt lg chocolate..hehheh..caiyuk2....tak pe2...sok aku try lagi..huhuh..kenapa pilih esok? nk habiskan labu + ikan perkasam yg diimport dr kg laa...rugi lah klo di buang..yer x?

Wednesday, June 15, 2011

3rd day menu

hari ke tiga dh aku on atkins rupanya2..huhu..klo tolak yg kantoi...sebenaranya baru 2 hari..adei... tak pe..caiyuk2... haa harini aku makan?

breakfast : telur dadar (telur + susu sikit je + mayonis)
lunch : ayam 2 ketul + salad brokoli
dinner : aku plan nk makan ayam goreng 2 ketul + sup

mana dpt idea nie?

salah satu ilham nk diet ikut atkins, aku jumpe laman taknak gemuk.com. masa tuh dia pakai .blogspot lagi..tp as a silent reader je aku nie.. andai kata incik dzul terbaca blog ini, aku mintak ko tak marah aku pas sedikit info dr blog kamu

Untuk induction,20 gram karbohidrat sehari sahaje dibenarkan..

Biasenye penurunan berat badan yang mendadak akan berlaku ketike induction,dan lebih bagus jike diteruskan berterusan untuk jangke mase yg lame...

Semasa 2 Minggu Induction:

1.) Elakkan NASI, MI, MIHUN, LAKSA, LAKSAM, SPAGETTI, FETTUCINI, VERMICELLI, KUEW TIAU,OAT dan yang sebangsa dengannya.

2.) Elakkan Roti, roti berserat, roti bun, rotiBoy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa2 yang sebangsa dengannya.

3.) Elakkan Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.

4.) Elakkan Buah-buahan


5.) Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, pepsi, 100plus, etc)

6.) Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.

7.) Elakkan segala bentuk kacang untuk 2 minggu. Tak kira kacang biasa, gajus, kuah kacang, dhal,ataupun kacang je soalan exam....

8.) Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong.

9.) Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.

********************************************************

Boleh Makan:

1.) Ayam - panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung.

2.) Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis...

3.) Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai... asalkan halal.

4.) Udang - bakar, tomyam, goreng dgn cili boh, etc. Elakkan sotong coz karbohidrat tinggi.

5.) Sayur..kebiasaannya sayur yang kurang carbs berwarna hijau..semangkuk maksimum sehari..

6.) Cheese Slice..hadkan 2-3 keping sehari..

7.) Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari..kenape? air boleh bantu untuk pembakaran kalori dan penghadaman makanan..

8.) *edit...jangan ambil daging burger..carbs agak tinggi..kecuali brand beef pride..carbs rendah..tapi hargenye mahal,4keping rm8..ade bran nak beli? huhu


10.) Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.

Diingatkan! Air bole cepatkan proses pembakaran kalori..jadi,minum!!! Banyak!! Air kosong k...
AIr mestilah lebih daripade 10 gelas sehari dan mesti diminum sebelum makan atau pun ketike dalam keadaan perut kosong...

Mesti air kosong..kalau minum air manis,boleh la buat blog taknakkurus.blogspot.com pulak...huhu


Jangan lupa makan sarapan, tengahari dan makan malam. Makan malam sebelum jam 9 malam. Jangan ponteng makan!

Contoh sarapan / Breakfast
1.) Telur rebus - 1 biji - (0.6 grams carb)
2.) Chicken slice - 2-3 keping - (0.0 grams carb)
3.) Air suam - 1-2 glass - (0 gram carb)
4.) Keju - 2 keping - (1 gram carb)

Makan Tengahari / Malam
1.) Ikan panggang - 1-2 keping - (0 gram Carb)
2.) Sup Ayam - 1 mangkuk - (0.5 - 1 gram Carb)
3.) Ayam goreng - 1-2 ketul - (0.5 - 1 gram Carb)
4.) Sayur-sayuran hijau - 1 mangkuk - (1 - 3 grams Carb)
5.) Telur goreng - 1-2 biji - (1 - 1.5 gram Carb)


Carb = Karbohidrat
Jangan lebih drp 20 grams Carb sehari kalau nak kurus!

Nasi - 1 pinggan penuh = 88 grams Carb !



Hurm, based on apa yg aku baca nie..1st day aku dh kantoi dh..adui...sbb ada sotong..xpe..caiyuk2..blh2..

2nd day Menu

Huhu, on 2nd day, apa aku buat erk? erk? ho ho ho..kak jayanthi dr hq dtg cni. So dia bitau aku yang adanya supermarket kt ISetan KLCC..huh? bertahun2 aku kt cni, aku tetaw pung.cheiss..ada jual salad brokoli lagi tuh... ups, dh melalut, 2nd day, aku makan

breakfast : telur rebus 2 biji(as usual kuning aku buang)
lunch : coleslaw(sbb salad brokoli dh abesh..huhu)
dinner : ayam 1 ketul + sup sayur. Ayam kene share dgn Shiro + Nomel..hampeh..

buat masa nie harap2 aku xmelanggar apa2 syarat2 atkins lagi :)